Dimulakan dengan...

Photobucket

Zikrullah

Photobucket

Salaam...

Photobucket

Doa Orang-orang yang Menyesal

0 comments

اِلـهي اَلْبَسَتْنِى الْخَطايا ثَوْبَ مَذَلَّتي، وَجَلَّلَنِى التَّباعُدُ مِنْكَ لِباسَ مَسْكَنَتي، وَاَماتَ قَلْبي عَظيمُ جِنايَتي، فَاَحْيِهِ بِتَوْبَة مِنْكَ يا اَمَلي وَبُغْيَتي وَيا سُؤْلي وَمُنْيَتي، فَوَ عِزَّتِكَ ما اَجِدُ لِذُنوُبي سِواكَ غافِراً، وَلا اَرى لِكَسْري غَيْرَكَ جابِراً، وَقَدْ خَصَعْتُ بِالاِْنابَةِ اِلَيْكَ، وَعَنَوْتُ بِالاِْسْتِكانَةِ لَدَيْكَ، فَاِنْ طَرَدْتَني مِنْ بابِكَ فَبِمَنْ اَلُوذُ، وَاِنْ رَدَدْتَني عَنْ جَنابِكَ فَبِمَنْ اَعُوذُ، فَوا اَسَفاهُ مِنْ خَجْلَتي وَافْتِضاحي، وَوا لَهْفاهُ مِنْ سُوءِ عَمَلي وَاجْتِراحي، اَسْاَلُكَ يا غافِرَ الذَّنْبِ الْكَبيرِ، وَيا جابِرَ الْعَظْمِ الْكَسيرِ، اَنْ تَهَبَ لي مُوبِقاتِ الْجَرائِرِ، وَتَسْتُرَ عَلَيَّ فاضِحاتِ السَّرائِرِ، وَلا تُخْلِني في مَشْهَدِ الْقِيامَةِ مِنْ بَرْدِ عَفْوِكَ، وَغَفْرِكَ وَلا تُعْرِني مِنْ جَميلِ صَفْحِكَ وَسَتْرِكَ، اِلـهي ظَلِّلْ عَلى ذُنُوبي غَمامَ رَحْمَتِكَ، وَاَرْسِلْ عَلى عُيُوبي سَحابَ رَأفَتِكَ اِلـهي هَلْ يَرْجِعُ الْعَبْدُ الاْبِقُ اِلاّ اِلى مَوْلاهُ، اَمْ هَلْ يُجيرُهُ مِنْ سَخَطِهِ اَحَدٌ سِواهُ، اِلـهي اِنْ كانَ النَّدَمُ عَلَى الذَّنْبِ تَوْبَةً فَاِنّي وَعِزَّتِكَ مِنَ النّادِمينَ، وَاِنْ كانَ الاِْسْتِغْفارُ مِنَ الْخَطيـئَةِ حِطَّةً فَاِنّي لَكَ مِنَ الْمُسْتَغْفِرينَ، لَكَ الْعُتْبى حَتّى تَرْضى، اِلـهي بِقُدْرَتِكَ عَلَيَّ، تُبْ عَلَيَّ وَبِحِلْمِكَ عَنّىِ، اعْفُ عَنّي وَبِعِلْمِكَ بي، اَرْفِقْ بي اِلـهي اَنْتَ الَّذي فَتَحْتَ لِعِبادِكَ باباً اِلى عَفْوِكَ سَمَّيْتَهُ التَّوْبَةَ، فَقُلْتَ «تُوبُوا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَصُوحاً»، فَما عُذْرُ مَنْ اَغْفَلَ دُخُولَ الْبابِ بَعْدَ فَتْحِهِ، اِلـهي اِنْ كانَ قَبُحَ الذَّنْبُ مِنْ عَبْدِكَ فَلْيَحْسُنِ الْعَفْوُ مِنْ عِنْدِكَ، اِلـهي ما اَنَا بِاَوَّلِ مَنْ عَصاكَ فَتُبْتَ عَلَيْهِ، وَتَعَرَّضَ لِمَعْرُوفِكَ فَجُدْتَ عَلَيْهِ، يا مُجيبَ الْمُضْطَرِّ، يا كاشِفَ، الضُّرِّ يا عَظيمَ الْبِرِّ، يا عَليماً بِما فِي السِّرِّ، يا جَميلَ السِّتْرِ، اِسْتَشْفَعْتُ بِجُودِكَ وَكَرَمِكَ اِلَيْكَ، وَتَوَسَّلْتُ بِجَنابِكَ وَتَرَحُّمِكَ لَدَيْكَ، فَاسْتَجِبْ دُعائي وَلا تُخَيِّبْ فيكَ رَجائي، وَتَقَبَّلْ تَوْبَتي وَكَفِّرْ خَطيـئَتي بِمَنِّكَ وَرَحْمَتِكَ يا اَرْحَمَ الرّاحِمينَ .

من مناجاة الامام الحسين عليه السلام

Wahai Tuhanku… Dosa-dosaku telah memakaikanku akan baju kehinaanku. Kejauhan daripadaMu menyelimuti daku dengan pakaian kerendahan dan kemiskinanku. Jenayah besar yang telah ku lakukan telah mematikan hatiku. Maka, hidupkanlah hatiku dengan taubat (keampunan) daripadaMu, wahai Cita-citaku dan harapanku, wahai yang mendengar permintaanku dan mengetahui hajatku. Demi keagunganMu, aku tidak dapati selainMu yang dapat mengampuni dosa-dosaku. Dan aku tidak dapati penolong yang berkuasa untuk memulihkan rasa patah hatiku. Aku telah tunduk kepadaMu dengan penuh rasa ingin kembali kepadaMu dan aku telah bersimpuh dengan penuh rasa mencari ketenangan di sampingMu. Oleh yang demikian, jika Engkau masih menghalau daku dari pintu anugerahMu, kepada siapa lagi aku ingin menuju? Jika Engkau tidak menerimaku untuk bersimpuh di sampingMu, kepada siapa lagi ingin ku tuju?

Betapa malangnya diriku dengan segala keterburuan dan nodaku. Betapa hinanya daku dengan amalan-amalan burukku dan kesalahanku. Aku meminta kepadaMu wahai Maha Pengampun akan dosa besar, wahai Pemulih mereka yang patah harapan, agar Dikau ampunkan dosa-dosa besarku, dan menutup kehinaanku yang tersembunyi, dan jangan kamu biarkan daku keseorangan pada hari Kiamat nanti tanpa ditemani kedinginan keampunanMu dan kemaafanMu. Dan janganlah kamu telanjangkan daku daripada kecantikan anugarah dan lindunganMu.

Wahai Tuhanku… Naungi dosa-dosaku dengan keredupan rahmatMu. Utuskanlah awanan kelembutanMu ke atas keaiban-keaibanku.

Wahai Tuhanku… Tidakkah seseorang hamba yang terbelenggu itu kembali melainkan hanya kepada Tuannya? Adakah pula selain daripadaNya yang sanggup menghadapi kemurkaanNya kecuali diriNya?

Wahai Tuhanku… Kalaulah penyesalan terhadap dosa itu adalah taubat, maka sesungguhnya demi keagunganMu, aku ialah dari kalangan mereka yang menyesali dosa-dosa mereka. Kalaulah meminta ampun daripada kesalahan itu suatu langkah menujuMu (dengan taubat) maka aku dari kalangan mereka yang meminta ampun kepadaMu. Hanya kepadaMu pengaduanku sehingga Dikau meredhaiku.

Wahai Tuhanku…demi kekuasaanKu ke atas diriku maka ampunilah daku. Dengan kemuliaanMu (ketembutanMu) terhadapku maka maafkanlah daku. Dengan ilmuMu tentangku, maka kasihanilah daku.

Wahai Tuhanku… Engkaulah yang membuka salah satu pintu kemaafanMu kepada para hambaMu, maka Engkau namakan pintu tersebut sebagai taubat. Engkaulah yang berfirman: “Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha”. Maka, apakah alasan lagi bagi sesiapa yang lalai daripada memasuki pintu tersebut (taubat) setelah ianya dibuka olehMu.

Wahai Tuhanku… Kalaulah dosa daripada hambaMu itu suatu yang buruk, maka yang indah ialah keampunan dari sisiMu. Wahai Tuhanku… Bukanlah aku orang yang pertama menderhakaiMu lalu Engkau mengampuninya juga dan bukan juga aku orang pertama yang dibentangkan kebaikanMu lalu Engkau menganugerahkan lagi anugerahMu kepadanya. Wahai yang menjawab permintaan orang yang gundah-gulana… Wahai Maha Penolak kemudaratan. Wahai yang Maha Agung kemuliaanNya. Wahai yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi… Wahai yang Maha Indah Tabir KeampunanNya. Aku meminta syafaat dengan sifat pemurahMu dan kemuliaanMu kepadaMu. Aku bertawassul dengan kasih sayang dan rahmatMu di sisiMu, maka Engkau perkenankanlah doaku dan janganlah Engkau kecewakan harapanku. Terimalah taubatku dan hapuskanlah dosaku dengan anugerahMu dan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih…

Antara Munajat Al-Imam Al-Habib Al-Syarif Saidina Al-Husein r.a..

Read full post >>

Kelebihan Nabi Adam a.s. berbanding Iblis

0 comments

Bismillah...Alhamdulillah...Selawat dan Salam buat Rasulillah s.a.w..

Di antara kelebihan zahir Nabi Adam a.s. berbanding Iblis ialah, Allah s.w.t. menjadikan Nabi Adam a.s. sebagai khalifah di muka bumi ini.

Adapun antara kelebihan yang tersembunyi di sebalik hakikat Nabi Adam a.s. ialah, baginda a.s. merupakan suatu jasad yang akan diletakkan roh dan nur Nabi Muhammad s.a.w. (kekasih teragung di sisi Allah s.w.t.) ke dalamnya. Oleh itu, Nabi Adam a.s. diciptakan untuk dijadikan sebab wujudnya Rasulullah s.a.w. dari nur ke alam basyariah, di dunia ini. Oleh itu, sebab yang membawa kemuliaan juga merupakan suatu yang mulia.

Di antara kelebihan batiniah Nabi Adam a.s., ialah hakikat Ubudiyah dalam diri Nabi Adam a.s. yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada baginda a.s..

Nabi Adam a.s. dikurniakan hakikat Ubudiyah yang tidak ada pada Iblis, walaupun pada zahirnya, Iblis lebih banyak beribadah kepada Allah s.w.t..

Takkala Adam a.s. diciptakan, Iblis merupakan makhluk yang palng kuat beribadah, sedangkan Nabi Adam a.s. pada ketika itu belum lagi pernah beribadah kepada Allah s.w.t. kerana baru diciptakan.

Oleh itu, takkala Iblis disuruh untuk sujud menghormati Nabi Adam a.s., ANA (sifat rasa diri sendiri bagus) meluak-luak di dalam hatinya, kerana membandingkan dirinya yang sudah lama beribadah kepada Allah s.w.t., dengan makhluk yang baru diciptakan, tanpa sebarang ibadah.

Apabila ANA dalam diri Iblis tercabar dengan Nabi Adam a.s., dia lantas lupa bahawa yang menyuruhnya sujud kepada Adam a.s. ialah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu, dan Tuhan yang Maha Berkuasa, walaupun sebelum itu, dia telah mengenali sifat-sifat Allah s.w.t. tersebut.

Namun, apabila yang dipandangnya ialah perintah Allah s.w.t. tersebut, yang memaksa dia menghina dirinya, maka dia tidak nampak lagi kebesaran Allah s.w.t. yang memerintahnya melakukan sedemikian, dek sibuk membela kebesaran ANA (diri sendiri).

Maka, terpacullah dari mulutnya perkataan "ANA" dari dirinya lantas membandingkan ANA dengan Adam a.s. takkala mengatakan "ANA KHAIRUN MINHU" (saya lebih baik dari dia).

Namun, Iblis menyedari, kata-katanya menjatuhkan dirinya di hadapan Allah s.w.t., takkala mengutamakan ANA (dirinya) dari Allah s.w.t.. Ia secara tidak langsung menjadikan ANA sebagai tuhan selain Allah s.w.t.. Iblis lantas segera untuk menutup kesalahannya dengan perkataan: "KAMU (ALLAH) ciptakan aku dari api dan kamu ciptakan dia (Adam a.s.) dari tanah". Ini ialah satu pendustaan Iblis yang jelas, kerana ucapannya tidaklah sama seperti apa yang disembunyikan di dalam dirinya.

Kalaulah dia sememangnya bermaksud, untuk tidak sujud kepada Adam a.s., kerana dia diciptakan dari api dan Adam a.s. diciptakan dari tanah, apa masalahnya sang api sujud menghormati sang tanah? Dari perkataannya sendiri "KAMU menciptakan aku..." telah jelas bahawa, Allah s.w.t.lah yang mencipta sesiapa yang dikehendaki sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

Jadi, kalaulah dia benar-benar faham apa yang dikatakan tentang "Kamu ciptakanku dari api dan Kamu ciptakan dia dari tanah", maka, tidak akan menghalang dia untuk sujud kepada Adam a.s. takkala diperintah oleh "KAMU" (Allah s.w.t.) yang menciptakan ku (iblis) dan dia (Adam a.s.). Ini kerana, kalaulah iblis hayati bahawa dia diciptakan oleh Allah s.w.t. dan Adam juga diciptakan oleh Allah s.w.t., jadi tidak boleh mengatakan "SAYA lebih BAIK dari DIA" dari sudut penciptaan kerana kedua-duanya dari Allah s.w.t..

Tetapi, apa yang tersembunyi dalam hatinya bukanlah dari sudut perbezaan ciptaan antaranya dengan Adam a.s. yang diciptakan dari tanah, kerana iblis juga faham, tanah lebih banyak manfaat dari api. Apa yang tersimpan dalam hatinya ialah "ANA", tuhan selain Allah s.w.t., takkala merasa dirinyalah yang taat kepada Allah s.w.t. dan dirinyalah yang bersusah-payah beribadah kepada Allah s.w.t., sehingga lupa bahawa, ianya (ketaatan dan usahanya) dari Allah s.w.t., padahal dia mengetahuinya.

Apabila hijab diri sendiri menebal, maka yang wujud di pandangannya hanyalah ANA (diri sendiri), bukan DIA (Allah s.w.t.). Maka, Allah s.w.t. memurkai Iblis kerana dia menyembah "ANA" (diri sendiri) takkala merasa diri sendiri layak dikatakan "BAIK" sedangkan sifat "BAIK" itu dari Allah s.w.t. dan hanya Allah s.w.t.lah yang boleh mengaku baik, dan hamba-Nya perlu merendah diri di hadapan Allah s.w.t. yang Maha Baik dengan menghina diri sendiri.

Jadi, kegagalan Iblis menghina diri dengan sujud kepada Adam a.s. kerana tidak mahu merendah diri di hadapan Allah s.w.t. takkala hijab ANAnya menebal, menyebabkan dia (Iblis) sendiri akhirnya mengetahui hakikat bahawa, Adam a.slah yang lebih baik daripadanya, kerana dirinya gagal merendahkan diri di hadapan Allah s.w.t..

Adapun hakikat Adam a.s., seorang Nabi Allah s.w.t., maka sememangnya baginda a.s. lebih baik dari Iblis. Takkala Iblis berusaha untuk menjatuhkan Adam a.s. sepertinya juga, dengan maksiat, Allah s.w.t. mengizinkannya dengan meletakkan syariat kepada Nabi Adam a.s. di dalam syurga tersebut, takkala melarang Adam a.s. dari mendekati dan memakan buah khuldi, bagi memberi ruang Iblis menguji hakikat Nabi Adam a.s. Kalau tiada larangan dari Allah s.w.t., dari mana datang maksiat untuk Nabi Adam a.s. di dalam syurga, kerana maksiat berkaitan dengan melanggar arahan. Kalau tiada perlanggaran terhadap arahan, maka tiada maksiat.

Maka, setelah Allah s.w.t. memberi satu arahan mudah kepada Nabi Adam a.s. supaya tidak memakan buah khuldi, Iblis berusaha untuk menjatuhkan Adam a.s. ke lembah maksiat supaya Adam a.s. sama sepertinya, kerana pada ketika itu, Adam a.s. lebih baik darinya kerana tidak pernah melakukan maksiat.

Iblis menipu Adam a.s. dengan mengatakan: "Tuhan tidak benarkan kamu makan buah khuldi kerana tidak mahu kamu jadi malaikat ataupun supaya tidak mahu kamu kekal dalam syurga".

Jadi, Nabi Adam a.s. terfikir, untuk sentiasa bersama dengan Tuhannya, dan tempat yang paling hampir dengan Tuhannya ialah di syurga. Dia juga terfikir, untuk menghampiri Allah s.w.t. dengan menjadi malaikat kerana, pada pendapatnya, malaikat lebih hampir kepada Allah s.w.t. berbandingnya.

Maka, hakikat Adam a.s. memakan buah khuldi ialah untuk menghampiri Allah s.w.t., walaupun pada hakikatnya, cara menghampiri Allah s.w.t. ialah dengan mengikut suruhan Allah s.w.t.

Jadi, salah faham Adam a.s. tentang mahfum taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.) menyebabkan baginda a.s. salah memilih cara taqarrub dengan memakan buah khuldi tersebut, dengan tujuan untuk menjadi malaikat supaya dapat lebih hampir kepada Allah s.w.t., dan kekal dalam syurga supaya dapat sentiasa menghampiri Allah s.w.t. .

Jadi, di sebalik maksiat Adam a.s., ialah UBUDIYAH (pengabdian diri kepada Allah s.w.t.) takkala niatnya ialah untuk menghampiri Allah s.w.t., sedangkan di sebalik maksiat Iblis ialah, RUBUBIYAH ANANIYAH (menjadikan diri sendiri tuhan di samping Allah s.w.t.) dengan merasakan diri sendiri baik.

Jelaslah bahawa, kelebihan utama antara Nabi Adam a.s. dengan Iblis ialah, pada penghayatan makna UBUDIYAH dalam diri, takkala Nabi Adam a.s. mengakuinya sedangkan Iblis menjadikan RUBUBIYAH dalam dirinya.

Lihatlah secara jelas, bagaimana Adam a.s. takkala diturunkan ke dunia untuk membayar harga maksiatnya, Adam a.s. sentiasa menyalahkan diri sendiri dan menyesal serta mengakui bahawa: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menzalimi diri kami, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami, maka kami akan termasuk di kalangan orang-orang yang rugi".

Dalam doa Adam a.s. ini, ada makna Ubudiyah yang tinggi iaitu:

Menisbahkan kezaliman kepada diri sendiri dan kepada diri sendiri

Menegaskan bahawa, dari Allah s.w.t.lah, datangnya segala kebaikan takkala mengatakan "kalau Engkau tidak mengampuni kami, kami temasuk di kalangan mereka yang rugi" Dalam doa ini mengandungi makna, kebergantungan seseorang hamba kepada Tuhannya dan tanpa cinta Tuhannya, maka rugilah seseorang hamba.

Sedangkan Iblis pula, takkala melakukan maksiat dengan tidak sujud kepada Adam a.s., tidak mengakui kesalahan, bahkan bersumpah untuk menyesatkan orang lain sama. Lihatlah betapa takabburnya Iblis dan betapa rendah dirinya Adam a.s. di hadrah Ilahi s.w.t..

Maka, siapakah sebenarnya yang lebih mulia di sisi Allah s.w.t.?

Maka fahamilah...

Wallahu a'lam...

Alfaqir ila Rabbihi Al-Jalil

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi Al-Azhari

('AmalahuLlahu bi LutfiHi)

Read full post >>

Kalau Bukan Kerna Cinta...

0 comments

Kalau bukan kerana cinta, masakan dunia wujud daripada tiada. Kalau bukan kerana rindu, masakan manusia menyahut seru. Manusia dan kehidupan, punya makna dan penghayatan. Itulah antara hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Allah s.w.t. menciptakan seluruh alam ini, dek kerana kasihNya kepada makhluk-makhlukNya. Allah s.w.t. memberi kemudahan kepada manusia dalam lapangan kehidupan mereka, agar kehambaan mereka mudah terlaksana. Penghulu makhluk yang paling dicintaiNya adalah Saidina Rasulullah s.a.w., penghulu para perindu. Nilai cinta Allah, ada dalam diri setiap zarrah.

Namun, bagi yang terus lalai, dirinya itulah sendiri yang tiada nilai. Bagi yang terus mendustai kebenaran, dirinya itulah sendiri yang menuju kemusnahan. Allah s.w.t. menganugerahkan kepada manusia akal dan fikiran, supaya mereka berfikir dalam mencari kebenaran. Kebenaran itu lebih dekat dengan dirinya daripada dirinya sendiri.

Kebenaran abadi adalah, di sebalik setiap gerak diam setiap kewujudan, ada yang Maha Pentadbir yang menggerakkan dan mentadbir setiap urusan. Seseorang yang dahaga, lalu meminum air dari telaga, tanpa menyaksikan di sebaliknya ada yang Maha Pencipta, nescaya dia kan terus terleka dengan keakuan dirinya.

Tetapi, bagi mereka yang menyaksikan diri sentiasa dengan Allah s.w.t. dalam setiap gerak dan tindakan, pasti mereka mengerti akan hakikat kewujudan. Pabila dia dahaga, dia tahu, bukan dialah yang akan menghilangkan dahaga tersebut. Dia juga tahu, bukan airlah yang menghilangkan dahaga tersebut. Tetapi, ALLAHlah yang terus menerus memberi nikmat imdad dan bantuan kepadanya, bahkan kepada setiap insan terus hidup. Dia faham, kalau bukan Allah s.w.t. yang menciptakan air, maka dia juga tidak dapat minum untuk hilangkan dahaga. Kalaulah di sana ada air, tetapi Allah s.w.t. tidak memberi keupayaan dalam dirinya untuk bergerak, seperti lumpuh dan sebagainya, maka dia juga tidak dapat mengambil manfaat daripada air tersebut kerana tidak mampu bergerak untuk mengambil air. Kalaulah ada air dan kekuatan, tetapi air tersebut diciptakan oleh Allah sebagai air yang tidak menghilangkan dahaga, seperti air laut, maka nescaya dia juga tidak dapat menghilangkan dahaga walaupun ada kekuatan dan ada air. Maka, hakikat ini akan membawa seseorang kepada menghayati di sana adanya ALLAH…ALLAH…ALLAH… di sebalik setiap yang wujud.

Hidup ini berkaitan dengan mencari erti. Hidup ini berkaitan dengan memberi bakti. Itulah risalah ketuhanan dalam makna kehambaan dan khilafah. Dengan kehambaan, seseorang perlu terus mencari erti hubungannya dengan Tuhannya, lalu menunaikan makna kehambaannya kepada Tuhannya, sehinggalah mencapai keredhaan dari Tuhannya.

Dengan peranan sebagai khilafah, seseorang perlu berinteraksi dengan alam sekeliling secara adil, dalam rangka untuk menunaikan tugas kehambaannya kepada Tuhannya. Dia perlu menjaga alam ini, memakmurkan alam ini dan menjadikan alam ini sebagai tempat untuk menunaikan kehambaan makhluk kepada Tuhan Maha Pencipta.

Dalam diri manusia yang berperanan itu juga, ada peranan cinta Allah s.w.t. dalam menterjemahkan hakikat ketuhananNya melalui kelembutanNya yang abadi. Dalam setiap ketentuanNya, melalui pandangan kebersamaan Allah, seseorang akan melihat akan kelembutanNya (lutf). Dalam pentadbiran kewujudan makhlukNya, melalui hati yang dipenuhi cahaya ihsan, seseorang akan menghayati kebijaksanaanNya (hikmah).

Allah s.w.t. itu lebih dekat kepada makhlukNya berbanding makhlukNya kepada diri mereka sendiri, kerana tanpaNya, tiadalah makhluk itu sendiri. Keakuan makhluk hanya terzahir di pandangan waham makhluk tersebut takkala hijab melingkari hati daripada menyaksikan keagungan Allah s.w.t. dan ketuhananNya di sebalik yang wujud. Bukalah mata, dan saksikanlah cinta…

Islam mengajarkan kita erti kehambaan. Namun, hakikat kehambaan itulah hakikat diri kita sejak diciptakan. Dengan mengamalkan Islam, bererti kita menterjemahkan erti kehambaan kita. Dengan mengukuhkan keimanan, bererti kita menterjemahkan nilai-nilai kehambaan kita. Dengan anugerah Ihsan, bererti kehambaan kita diterimaNya… ALLAH…ALLAH…ALLAH…

Manusia makin menuju mati, samada merinduiNya atau mengkhianatiNya. Kepada yang terus lalai dari mempersiapkan diri untuk menemuiNya, maka samada dia menipu dirinya sendiri atau dirinya tertipu dengan dirinya sendiri. Kedua-duanya adalah kecelakaan dalam kecelakaan.

Dunia ini, makin banyak yang dihimpun, makin banyak yang akan ditinggalkan. Dunia ini, makin tamak manusia mengejarnya, makin terbeban untuk meninggalkannya. Dunia ini, nilainya pada kehambaan. Dunia ini, ertinya pada kemerdekaan jiwa dalam menunaikan ketaatan kepada Allah s.w.t. yang Maha Menciptakan.

Jalan ini, jalan cinta. Jalan cinta, menyaksikan yang dicinta tanpa pencinta. Nilainya pada kebersamaan. Keagungannya pada keredhaan. Seseorang itu sempurna bukan kerana banyaknya amalan, tetapi sempurna di sisiNya kerana Dia meredhainya. Jalan keredhaan Tuhan bukan pada bergantung kepada amalan, tetapi sejauh mana seseorang menghayati bahawa setiap amalan yang dikerjakannya adalah daripada Tuhan.

Amal dengan keakuan, itulah pengkhianatan. Syukur melalui amalan, itulah kehambaan. ALLAH…ALLAH…ALLAH… Nabi Muhammad s.a.w., Rasulullah, itulah seagung-agung qudwah dan tauladan.

Wallahu a'lam

HambaNya yang faqir lagi sentiasa memerlukan hanya kepadaNya yang Maha Penyayang

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi Al-Azhari

'AmalahullaHu bi altofiHi Al-Khafiyyah

(Semoga Allah berinteraksi dengannya dengan kelembutan-kelembutanNya yang tersembunyi, Amin)

Read full post >>

Di Mana Nilai Kesetiaan?

0 comments

Di Mana Nilai Kesetiaan?

Mereka bertanya
Di mana nilai setia?
Supaya mereka berasa,
Semua di sekeliling mereka setia.

Mereka berkata:
Nilai setia itu bak samudera,
Tanpa ukuran melalui ungkapan kata,
Tanpa sempadan dalam luahan rasa,
Tetapi mereka barangkali terlupa,
Adakah mereka itu sendiri,
Seorang yang setia?

Ramai ingin bahagia,
Ingin dihargai seadanya,
Tetapi mereka sering terlupa,
Adakah kesetiaan mereka kepada Tuhan mereka,
Sudahpun terlaksana?

Wahai si penagih setia,
Yang saban hari ingin disetiai,
Yang memarahi kala dikhianati,
Yang berduka kala didustai,
Nilai setia bukan pada mereka yang setia,
Tetapi nilainya,
Pada diri sendiri yang setia.

Tanyalah kepada diri,
Bahkan kepada seluruh alam ini yang menjadi saksi,
Sudahkah kesetiaanmu kepada Ilahi,
Telah terlaksana dalam kehidupanmu saban hari?
Atau dikau masih termimpi-mimpi,
Agar seluruh alam ini,
Mencurah kesetiaan mereka kepada dirimu yang sepi.

Biarlah lautan berbicara,
Tentang hakikat kesetiaan manusia,
Kepada Tuhan mereka yang Maha Mulia,
Nescaya jawabnya,
Tsunamilah yang melanda.

Biarlah daratan pula berbicara,
Bagaimana perihal kesetiaan manusia,
Nescaya meteluslah di mana-mana,
Gunung berapi dan juga gempa.

Duhai si hamba yang terbelenggu duka,
Nilaimu itu pada kesetiaan hamba,
Dalam menunaikan tanggungjawabnya,
Selaku hamba kepada Tuhan yang Maha Pencipta.

Bagaimana kewajipanmu, sudahkah terlaksana?
Bagaimana laranganNya, adakah masih dilaksana?
Bagaimana hak-hakNya, sudahkah ditunaikan sebaiknya?
Bagaimana tanggungjawabmu selaku hamba,
Adakah semuanya itu, sudah dilaksana?

Demi Dia yang Maha Berkuasa,
Nilai kesetiaan itu takkala seorang hamba,
Menunaikan sepenuhnya,
Segala kehambaannya.

Nilai kesetiaan dalam kehambaan,
Itulah kesetiaan yang abadi tanpa kesudahan.

Janganlah kamu hairan dengan dunia,
Dan segala isinya yang saling mengundang duka,
Tetapi hairanlah dengan dirimu yang sentiasa terlupa,
Bahawasanya dirimu sekadar seorang hamba,
Yang perlu redha dengan setiap ketentuanNya,
Ketentuan dariNya, Tuhan yang Maha Pencinta.

Kalau kamu mengerti,
Hakikat diri,
Nescaya kamu mengetahui,
Hakikat kehidupan ini,
Seterusnya kamu mengenali,
Hakikat Allah yang Maha Mengasihi.

Tunaikanlah kesetiaanmu kepada Ilahi,
Nescaya dikau
kan mengerti apa hakikat diri,
Lalu seterusnya akan dikau ketahui,
Apa itu kehidupan dunia yang mengaburi,
Lalu seterusnya
kan dikau kenali,
Bahawa DIALAH ALLAH, Tuhan Maha Mencintai.

Janganlah hairan dengan dugaan kehidupan,
Itulah bukti kesetiaan Tuhan kepada insan,
Di mana Dia tidak pernah mengabaikan,
Semua dugaan sebenarnya adalah proses penyempurnaan,
Yang maslahatnya untuk kesempurnaan insan.

Setialah kamu kepadaNya,
Dengan menunaikan segala hukum syariatNya secara rela,
Dengan menghadapi ketentuanNya secara redha,
Nescaya akan dikau kenali,
DIALAH ALLAH, Tuhan yang Maha Setia,
Segalanya demi cintaNya kepada para hambaNya.


Luahan Rasa

© Abu Al-Khair 2008

Read full post >>

Pro Tajdid Segar

Pro-Tajdid Segar
Powered By Blogger